dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas E-learning – Maxis eKelas dan Digital Literacy – Google Be Internet Awesome

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Maxis eKelas dan Digital Literacy iaitu Google Be internet Awesome kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan penyertaan pelajar menggunakan portal eKelas secara berterusan. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang permainan berupa pendidikan.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada eKelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Pelajar yang telah mendaftar diminta untuk meneliti bahagian-bahagian yang terdapat dalam portal seperti laman utama, ekelas, nota padat, ecikgu, komuniti, perbincangan, blog, pencapaian, bantuan dan maklumbalas. Setiap bahagian tersebut mengandungi ciri-ciri yang berbeza mengikut keperluan pelajar. Pelajar turut digalakkan untuk menaikkan mata ganjaran mereka dengan meneliti dan menyelesaikan kuiz yang terdapat dalam sesebuah subjek dalam portal.

Dalam pembelajaran tentang digital literacy, peserta digalakkan untuk mengakses laman web bertajuk “Interland” yang dapat memberi kesedaran tentang keselamatan digital sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan. Permainan ini mengajak peserta untuk berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan berkaitan keselamatan internet, mengajar cara mencipta kata laluan (password) yang selamat serta maklumat yang boleh atau tidak boleh dikongsi di media sosial.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.